Sunday 5 February 2012

10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang

"
"

10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang | Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.
  • Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
  • Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
  • Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
  • Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
  • Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  • Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  • Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  • Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  • Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  • Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
- Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Wednesday 4 January 2012

Kanser Prostat

"
"

Kanser Prostat


1) Epidemiologi:
Kanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Di Amerika Syarikat orang keturunan Afrika menghidap 25% dari seluruh barah prostat di sana. Di Asia manakala hanya di antara 3-5%. Penduduk di California dijangkit kanser ini 100 kali lebih banyak dari penduduk Cina di Shanghai. Oleh sebab itu ada unsur-unsur genetik dan suasana kemastautinan yang perlu di selidik. Kes-kes kanser ini sedang menurun, 180 000 kes dalam setahun, tetapi tahapnya dua kali ganda 10 tahun yang lepas. Terdapat 40 000 kematian setahun. Kanser prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu kanser ini digelar penyakit orang tua. Isipadu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.
2) Ketumbuhan kanser prostat :
Kanser ini memrebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel kanser ini merebak ke tulang.
3) Simptom:
- Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau
sperma dalam air kencing adalah sebahagian dari simptomnya.
- Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser telah melarat.
4) Diagnosa:
- Pemeriksaan rektum dengan menggunakan jari oleh doktor pakar ;
- Petanda tumor iaitu PSA, had maksima yang boleh dicapai ialah 4.0ng/ml. Kalau dari lingkungan 4.0 ke
10 ng/ml, bengkak prostat biasa boleh disyaki. Tetapi untuk membezakan kanser prostat dari bengkak prostat
biasa, menghitung FPSA( Free PSA) dan nisbah FPSA/PSA boleh menolong, untuk kajian yang normal nisbah ini
mesti lebih tinggi dari 0.25. Kalau nisbah ini rendah kebarangkalian risiko kanser tinggi.
- Menggunakan kaedah skan melalui dubur dan cebisan biopsi untuk mengenalpasti kedudukan dan saiz tumor.
Oleh kerana mengambil biopsi ada risikonya, ianya boleh dielakkan dengan mengambil hitungan FPSA.
5) Rawatan:
Ianya bergantung kepada tahap tumor, adakahnya dah melarat dan membesar. Dalam kes-kes yang biasa ulangan dengan pakar dah memadai, tetapi memerlukan rawatan perubataan seperti terapi hormon.
- Pembedahan : mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian prostat;
- Pancaran radiasi : Perkembangan yang pesat dalam mesin dan cara-cara perubatan;
- Hormon terapi: Khasnya digunakan untuk mengurangkan tahap hormon testosteron, boleh mengakibatkan
impotensi dan badan rasa panas ;
- Kemoterapi jarang digunakan.
6) Rawatan susulan:
- Pemeriksaan klinikal;
- ultrasound;
- Skan dan kajian PSA dan FPSA. Selepas pembedahan prostat, tahap PSA akan turun ke kosong. Jikalau ada
peningkatan tahap PSA ini menunjukan kewujudan kembali kanser prostat.
7) Pencegahan:
Ini di atas keperihatinan diri sendiri dan bermakna berjumpa doktor untuk pemeriksaan prostat melalui rektum dan kajian darah untuk PSA/FPSA.
AWAS : Jikalau anda sedang mengambil apa-apa rawatan anti-penuaan yang mengandungi “DHEA”, anda MESTI PASTIKAN anda tidak dijangkit kanser prostat. “DHEA mesti dimakan atas nasihat doktor, di mana doktor akan membuat kajian darah untuk steroid, lemak, glukos dan memeriksa kesihatan prostat.” kata Dr. John Nestle, MD, profesor endokrin dan metabolisma di Universiti Virginia Commonwealth. Dialah


Kanser Testis (buah pele)


1) Epidemiologi:
Onkologi Perubatan telah membuat banyak kemajuan dalam bidang kanser testis pada tahun-tahun kebelakangan ini, kebanyakan kes penyakit ini dapat diubati pada masa kini. Kanser testis dikelaskan kepada 2 kategori: kanser seminoma dan kanser bukan seminoma.
1) kanser seminomas bekomposisi sebanyak 35% kanser testis dewasa. Frekuensi meningkat mengikut umur selepas remaja, peringkat kemuncaknya ialah antara umur 30-40. Kanser ini bertidak balas baik dengan radioterapi dan kemoterapi.
2) kanser bukan seminomas (55% dari kes penyakit ini) lebih kerap berlaku pada pemuda lelaki, purata umur 31, pada masa mereka agak aktif dalam kegiatan seks. Kanser ini bertidak balas baik terhadap kemoterapi.
Kadang-kadang, kanser testis merupakan konbinasi kedua-dua jenis seminomas dan bukan seminomas. Lebih kurang 10 000 orang lelaki akan diseksa setiap tahun di Amerika Syarikat. Ini adah jenis kanser yang paling umum berlaku pada lelaki muda antara umur 20 to 25 dan 1% daripada kesemua kanser lelaki.
2) Diagnosa:
Risikonya:
- testis yang tidak menurun,
- pembentukan testis yang tidak normal;
- lebih umum pada bangsa putih jika dibanding dengan bangsa berkulit hitam;
- kromosom seks yang tidak teratur (Klinefelter syndrome).

Tanda-tanda:
- Pembesaran testis yang tidak sakit;
- diikuti dengan kesakitan pada testis; ketul intra-testikular yang tidak sakit; pembesaran skrotum;
- kesakitan pada bahagian bawah abdomen.
Diagnosa:
kebanyakan lelaki dengan sendirinya mampu mengesan kanser testis bila mendapati keanehan dalam testis mereka.
- Pemeriksaan klinikal;
- Petanda tumor: AFP , BHCG; CEA , CA 19-9, CA125. AFP dan BHCG menunjukkan peningkatan dalam 80% kes-
kes bukan seminomas. Tahap yang sangat tinggi (melebihi 10 000 ng/ml untuk AFP, 50 000mUI/ml untuk BHCG)
adalah petanda yang kurang baik.
- Radiologi: abdomen dan tomodensitometri dada.
- Ultrasound, Doppler warna.
- Biopsi, untuk mengenal pasti jenis tumor dan peringkatnya.
3) Rawatan:
Kemajuan di dalam bidang perawatan kanser ini membolehkan pesakit membuat pilihan rawatan jenis mana yang akan memberikan kesan sampingan yang paling minima, ia dapat dibahagikan kepada 2 peringkat:
- Fasa pertama: mengurangkan kesan toksik semasa rawatan dan risiko steril;
- dan kemudiannya mengurangkan risiko kembali semula kanser ini kepada tahap minima.
- rawatan susulan klinikal dan biologikal adalah mencukupi;
- Surgeri: pembuangan testis: ini adalah “orchiectomy”; tidak mampu melakukan hubungan seks.
- Radioterapi secara setempat; penghasilan sperma dipengaruhi tetapi kesuburan akan pulih semula selepas
beberapa bulan (dalam kebanyakan kes).
- Kemoterapi: Kemunculan polikemoterapi kini mampu menyembuhkan lebih dari 90% pesakit ini.
Pemuda lelaki yang mengidap kanser testis perlu ingat yang rawatan ini mungkin mengakibatkan ketidaksuburan dan doktor perlu merujuk mereka kepada ‘sperm bank’.
4) Rawatan susulan:
sering mengawasi:
- Ujian klinikal;
- Radiologi: tomodensitometri;
- Biologi: mengukur peringkat petanda tumor.
Radiasi dan kemoterapi boleh menyebabkan kesan sampingan yang rumit pada usus, buah pinggang dan tulang.
Kebanyakan kes yang mengalami kembali semula kanser ini (80%) perlu diperhatikan dalam masa 2 tahun. Pesakit dianggap sembuh bila tiada kesan kanser dalam masa 5 tahun.
Pencegahan:
Pemeriksaan klinikal yang kerap, pemeriksaan sendiri; menjalakan ujian petanda tumor.


 orang yang membuat kajian mengenai kesan DHEA ke atas penyakit kencing manis dan pembekuan darah.

kenapa terjadi senggugut

"
"

Orang kata kalau nak tahu rasa sakit bersalin, period pain adalah gambarannya. Kalau betul begitu nak tahan sakit senggugut pun kena tahan nafas..apalagi sakit bersalin. Bulan ni yang paling menyakitkan..nak mengiring sakit belakang, nak terlentang sakit pangkal ari-ari, pendek kata tak senang duduk.. Setiap kali kesakitan pastinya badan jadi udang menahan sakit.. paling selesa ketika dituam....dan paling suka dituam dengan air yang baru lepas dijerang....panas dan selesa..

Mari menelaah bersama Keluarga Avail kenapa terjadinya senggugut...atau bahasa kampung 'period pain'
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kita alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit

Senggugut (PMS) adalah himpunan simptom fizikal, psikologi dan emosi yang berkait dgn kitaran haid wanita. Dianggarkan 80% wanita pada usia boleh mengandung, mempunyai sebahagian simptom PMS ini. Simptom sedemikian biasanya boleh di jangka dan berlaku secara tetap semasa 2 minngu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.
Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.


Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. Kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

Senggugut merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi dua simptom paling menonjol adalah mudah terganggu dan ketegangan. Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masalah tersebut.

Simptom :

1. Murung
2. Perut kembung
3.
Kejang perut
4.
Payu dara bengkak atau sensitif
5.
ketegangan atau bimbang (anxiety)
6.
Masalah tidur (insomnia)
7.
Sakit sendi atau otot
8.
Pening kepala
9. Lesu
10.
Jerawat
11.
Hayunan perasaan (Mood swings)
12.
Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Dismenorea Primer
Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal.

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' , disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:

Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya anda mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu anda mungkin turut sama mengalaminya. Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan.
Sekiranya anda mengalami dismenorea sejak pertama kali kamu period, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Anda tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan:
  • Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu.
  • Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period.
  • Dua hari pertama haid adalah paling sakit.
  • Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period.
  • Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki.
Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan period dan berpanjangan selama 3 hari, dan dengan dismenorea kamu juga menyedari beberapa benjolan di dalam abdomen, frequent muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya anda aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, anda harus mendapatkan pemeriksaan doktor.
Dismenorea Sekunder
Secondary dysmenorrhea adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid.
Dismenorea Sekunder juga senggugut yang bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik. Contoh2 masalah organ Reproduksi adalah :

Endometriosis
: Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio. Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh. Ia merupakan sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.

Fibroid
: Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.
Ketumbuhan pada ruang pelvis termasuklah seperti ovarian cyst atau masalah polip yang boleh menyebabkan sengugut.

Pelvik :
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.
Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.

'Intauterine Device' atau 'IUD' :
Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.
IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakaiannya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.

Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.


Senggugut juga boleh berlaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim. Selain daripada itu, penyakit usus seperti apendisitis dan juga kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio juga antara punca senggugut jenis ini.


Adakah saya akan mengalami senggugut selama-lamanya?
Adalah lebih elok sekiranya anda tahu yang anda mengalami dismenorea primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan. Golongan wanita ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan period setiap bulan. Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila anda semakin tua dan tubuh anda berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, anda tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya anda tidak akan menderita selama-lamanya!

Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Anda boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan anda:


1.Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.

2.Kurangkan garam.

3.Variasikan pilihan minuman: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
4.
Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Anda juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet anda. Beritahu doktor anda sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan anda yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
5.Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.

6.Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa anda didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.

7.Berhenti merokok

8.Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
9.Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Kebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Pastikan makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang dismenorea.
10.
Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
11.Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri. Jika anda pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas anda mengambil pil penahan sakit.
Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.

Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu. Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.

Penyakit Gout / Sendi Membengkak

"
"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




What is Gout?
Gout is one of the most painful forms of arthritis. Gout attack can strike without warning with intense pain usually in the joint of the big toe. But, it may also include the ankles, heels, instep, knees, elbows, hips, thumbs, or fingers.

Gout develops when too much uric acid builds up in your body. Sharp needle-like urate crystals form around your joints beginning in your big toe. Gout does not happen overnight. It is the result of a build-up process that may take months or years. When it reaches a critical level, you get a painful gout attack.
What Causes Gout?
Gout is caused by too much uric acid in the blood (hyperuricemia). Hyperuricemia is caused by a combination of several factors. You are more likely to get hyperuricemia and gout if you:

* Have family members with the disease
* Are a male over 30 years
* Are overweight
* Drink 2 or more alcoholic drinks (especially beer) a day
* Drink 2 or more sweetened soft drinks per day
* Eat excessive amounts of red meats, internal organs, yeast, poultry or seafood
* Smoke 2 or more cigarettes per day
* Regularly use some medicines such as diuretics, aspirin, cyclosporine, or levodopa

Gout Treatments
The first thing a doctor gives you is a strong pain killer. This provides only short term relief of pain, and it does not really solve the problem. Various prescription drugs are available for treating gout. These are harsh synthetic chemicals that may have harmful side effects if taken for long periods.

Highly toxic Colchicine is sometimes prescribed for gout. Colchicine is natural poison that may cause vomiting, diarhea, abdominal cramps, kidney failure and in high concentration even death.

Because of the harmful side effects of drugs, many people are choosing an alternative natural cures.
Can Gout be Treated Naturally?
For centuries, natural herbs and plant extracts have been successfully used in Asia and Europe for treating gout. Recent clinical research confirmed that these plants do have natural compounds that lower uric acid in blood and expel it from the body. These scientific studies led to the formulation of Goutezol.

Introducing Goutezol™
Patients are quickly relieved because

* It reduces swelling, pain and inflammation
* It improves purine metabolism and digestion
* It expels uric acid from the body
* It lowers the level of uric acid in the blood





Gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor, biasanya seseorang itu diserang oleh gout kerana salah satu sebab utama, ringkasan ini ditulis supaya anda dapat mengambil jalan penyelesaian penawarnya.

1. Stress, telah terbukti memberi kesan negatif pada badan, melalui pengurangan mineral dan nutrisi dan pengeluaran adrenalin dan hormon stress (steroid). Stress juga boleh menurunkan sistem imun anda, menukar paras sugar dalam daran dan menaikkan paras asid urik ke tahap tinggi. Dadah biasanya akan menambahkan stress melalui dehidrasi tisu organ dan menyempitkan laluan-neuro dan menyekat penyerapan zat nutrisi dan mineral. PeGoutnawar alami boleh menanganinya.
2. Makan makanan yang salah, cara makan, masa makan dan banyak mana anda makan, secara terus memberi kesan pada kesihatan anda. Makan terproses melemahkan sistem penghadaman anda, yang dengan itu melemahkan sistem imun anda dan seterusnya akan membenarkan gout menyerang dan berbagai lagi penyakit akan muncul. Ubatan tidak dapat menggantikan apa yang makanan baik berikan. Penawar alami yang menggunakan beberapa makanan pasti yang memulihkan kesiahatan dengan cepat dan selamat.
3. Berat badan yang melebihi. Seperti yang dimaklum sesiapa yang menghadapi berat banda terlebih akan menaikkan risiko berbagai penyakit. Kegemukkan boleh berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan metabolisma atau lebihan makanan atau kekurangan sesuatu yang sepatutnya. Ubatan tidak dapat mengimbangkan masalah ini, tetapi penawar alami akan dengan sendirinya mengimbangi beberapa hal dalam badan.
4. Gula, terutamanya gula terproses, menyebabkan berbagai masalah kesihatan masyarakat moden sekarang. Terlalu banyak gula akan menyebabkan radangan dan ia adalah penyebab utama kebanyakan penyakit yang diketahui. Antara penyakitnya ialah tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, dan juga semua isu sistem imun yang masyarakat kita menderita seperti gout. Penawar alami boleh mengimbangi paras normal asid urik dan memberikan zat nutrisi penting yang pengambilan gula memudaratkan.
5. Antibiotik, hari ni antibiotik telah di lebih gunakan. Memang adakalanya bagus digunakan. Perkataan antibiotik itu sendiri bermaksud melawan kehidupan dan itulah apa yang dilakukannya. Antibiotik melenyapkan semua organisma dalam badan, termasuk yang baik dan diperlukan oleh kesihatan.
6. Ramai orang menghadapi masalah disebabkan oleh ketidakseimbangan microorganism sihat yang diperlukan untuk penghadaman yang baik dan sistem imun yang berkesan. Dan juga, ramai orang yang mengambil antibiotik telah pun menderita dengan sistem imun yang lemah. Penawar alami boleh membantu memulihkan semula sistem pertahanan alami badan kita.
7. Keseimbangan pH juga sangat penting dijaga seperti mana suhu badan, terlalu tinggi tidak baik dan terlu rendah juga tidak baik. Semua yang tersenarai di atas memberi kesan pada pH dengan meningkatkan keasidan dan kristal asid urik. Lagi tinggi paras asid lagi rendah oksigen dalam badan anda. Sel badan membuat kumbahan berasid dan biasanya dinyah melalui air kencing. pH yang rendah atau tinggi paras asid menyebabkan gout dan juga pengerasan arteri dan radangan sendi dan tisu sel badan.
8. Paras rendah elektrolit (mineral) disebabkan oleh ubat dadah, diet kurang dan kurang aktiviti. Penawar alami boleh mengatasi masalah ini dengan memberi imbangan paras mineral seperti kalsium, potassium, magnesium dan banyak lagi.

Barah Hati, Tanda-tanda

"
"

Kanser hati agak kurang popular berbanding kanser jenis lain walaupun tersenarai dalam 10 kanser utama di negara kita. Memang jumlah pesakit kanser hati tidak terlalu ramai iaitu sekitar 1,000 orang, tetapi ia antara kanser yang sukar dirawat kerana kebanyakan kes lewat dikesan akibat ketiadaan gejala penyakit.
Meskipun kanser hati berlaku di seluruh dunia, yang membimbangkan ialah lebih 50 peratus kes membabitkan penduduk Asia dan lebih 70 peratus kes baru dilaporkan setiap tahun datangnya daripada negara Asia, termasuk negara kita!
Hati adalah organ penting yang merangkumi pundi hempedu dan duktus hempedu. Ia organ kedua terbesar dalam badan yang kaya dengan darah, berbentuk baji, terletak betul-betul di bawah tulang rusuk kanan, di bawah paru-paru. Hati kita berbentuk seperti baji atau piramid dan terbahagi kepada dua bahagian — kiri dan kanan.
Fungsi utama hati ialah menapis dan memproses darah daripada bahan toksik, menghasilkan cecair hempedu (bagi membantu pencernaan lemak); membantu sintesis protein darah, glukos dan kolesterol; membantu proses metabolisme (ubat, vitamin, alkohol, hemoglobin); sebagai stor penyimpan (untuk vitamin larut lemak, zat besi dan glikogen); ejen penyingkiran (menyingkirkan sel darah merah yang mati dan bahan sisa metabolisme) dan meningkatkan daya ketahanan badan.
Bagaimana kanser hati boleh terjadi?
Kanser hati terbahagi kepada dua jenis iaitu primer dan sekunder. Kanser hati primer bermakna kanser bermula di hati. Kanser hati sekunder bermakna sel kanser berasal daripada organ lain dan merebak ke hati.
Menurut Dr Senthil, banyak faktor boleh menyumbang kepada penyakit ini tetapi penyebab utama ialah jangkitan virus hepatitis B yang kronik sehingga menyebabkan sirosis (kematian sel hati yang akhirnya membentuk parut) dan bertukar menjadi kanser jika tidak mendapat rawatan.
Jangkitan Hepatitis B paling banyak dilaporkan di Asia dan ia dianggap sebagai wabak, terutama di negara Asia Tenggara, Hong Kong dan China. Kebanyakan pesakit berusia 30 tahun ke atas kerana virus hepatitis B mengambil masa lama untuk merosakkan hati dan biasanya kerosakan ini berlaku dengan cepat. Namun keberkesanan rawatan masih rendah kerana kebanyakan pesakit hanya datang ke hospital apabila penyakit mereka sudah teruk.
Selain daripada punca ini, banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini, antaranya ialah:
  • Jangkitan hepatitis C dengan kehadiran masalah sirosis hati
  • Sirosis yang merebak hingga jejaskan fungsi hati
  • Pengambilan alkohol berlebihan (boleh merangsang kerosakan hati yang sedia ada)
  • Obesiti
  • Diabetes
  • Merokok
  • Penggunaan steroid dalam tempoh lama
  • Jangkitan fungus (pendedahan jangka panjang pada aflatoksin iaitu toksin yang dihasilkan fungus)
  • Minum air mengandungi arsenik (di sesetengah negara)

Pada peringkat awal, kanser hati tidak menunjukkan gejala. Gejala penyakit hanya timbul apabila penyakit sudah teruk (peringkat ketiga dan keempat) iaitu ketika fungsi hati terjejas teruk. Antara gejala dialami pesakit kanser hati ialah:
  • Penurunan berat badan tanpa sebab
  • Tiada selera makan berpanjangan
  • Terasa sangat kenyang walaupun makan sedikit
  • Ada benjolan keras pada bahagian kanan di bawah tulang rusuk
  • Sakit sekitar bahu kanan
  • Kulit menjadi kekuningan, termasuk mata
  • Abdomen atas (kanan) terasa tidak selesa
  • Sentiasa berasa lesu dan tidak bermaya
  • Mual

Seperti kanser-kanser lain, semua gejala di atas hanya muncul apabila kanser sampai ke peringkat serius yang menyebabkan kebanyakan pesakit lewat datang ke hospital bagi mendapat rawatan. Sedihnya, pada peringkat ini penyakit sukar dirawat dan dalam kebanyakan kes peluang hidup adalah kurang daripada satu tahun.
“Tapi, takkan tiada harapan langsung?”
Rawatan kanser hati bergantung kepada peringkat barah ketika penyakit dikesan, fungsi hati dan keadaan kesihatan pesakit secara keseluruhan. Biasanya bagi kes kanser hati peringkat awal, pembedahan membabitkan pembuangan sebahagian hati yang diserang barah adalah kaedah terbaik. Malah peluang sembuh juga tinggi.
Bagi peringkat pertengahan; kanser hati dirawat dengan kaedah suntikan ubat kemoterapi pada salur darah yang membawa darah. Malangnya, rawatan standard sedia ada tidak berkesan untuk merawat pesakit barah peringkat akhir.
Kadar kejayaan kelangsungan hidup pesakit kanser hati yang rendah berlaku di seluruh dunia. Kajian menunjukkan di kalangan pesakit di Eropah kejayaan kelangsungan hidup selama lima tahun hanya 8.6 peratus, Amerika Syarikat (kurang tujuh peratus) dan kurang 10 peratus bagi pesakit yang tidak sesuai menjalani pembedahan di Asia.
Antara ubat yang disaran untuk pesakit kanser hati peringkat teruk ialah sorafenib (ubat makan) yang didapati mampu meningkatkan kelangsungan hidup pesakit sebanyak 44 peratus iaitu daripada enam bulan kepada 10.7 bulan. Ia menghalang penggandaan sel barah dan menghentikan pembentukan salur darah tidak normal. Melalui kaedah ini sel barah akan mati kerana ketiadaan oksigen dan nutrien.
Peningkatan ini mungkin dianggap sangat kecil bagi sesetengah orang tetapi besar maknanya kepada pesakit kanser kerana ia membolehkan mereka menghabiskan lebih banyak masa berkualiti dengan keluarga. Malah dengan rawatan yang semakin baik dan kepatuhan kepada pengambilan ubat, kualiti hidup pesakit juga meningkat.
Yang paling penting, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Sekadar peringatan kepada semua.

Penyakit Asma atau lelah

"
"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Asma di kalangan kanak-kanak

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
[sunting] Patologi

* Pengaktifan sel mast oleh alergen menyebabkan penghasilan sejumlah besar histamina dan IgE
* Pencerobohan hingus (mukos) bronkus (lapisan laluan udara) oleh limfosit
* Oedema membengkak di bronkial mukosa
* Otot licin bronkiol menjadi tebal
* Peningkatan eosinophil granulokit
* Tersumbat hingus
* Pengubahsuaian (herotan) laluan udara

[sunting] Patogenesis

Masalah utama kelihatannya sistem pertahanan immunologikal: kanak-kanak pada awal asma menunjukkan keradangan melampau di laluan udara.

Epidemiologi memberikan bukti kepada patogenesis: serangan asma menunjukkan peningkatan seluruh dunia; asma lebih biasa di negara kaya, dan lebih tinggi dikalangan mereka yang berpendapatan tinggi di dalam sesebuah negara.

Satu teori adalah ia merupakan penyakit kebersihan. Secara semulajadi, kanak-kanak terdedah kepada bakteria sebaik sahaja dilahirkan, "menghidupkan" sel limfosit Th1 sistem imunisasi yang mengendalikan serangan jangkitan bakteria. Jika perangsang tidak mencukupi (sebagaimana, kemungkinannya dalam persekitaran bersih moden) kemudian asma dan penyakit alahan lain terbentuk. "Hipotesis Kebersihan - Hygiene Hypothesis" mungkin menjelaskan mengenai peningkatan asma dikalangan penduduk kaya.

Teori lain yang berkait dengan di atas mengenai sistem imunisasi badan yang mempertahankan diri daripada sesetengah parasit, seperti cacing pita. Limfosit Th2 dan sel eosinophil yang membantu kita dari cacing merupakan sel yang sama bertanggung jawab bagi tindakbalas alahan. Di negara barat parasit sebegini jarang dijumpai tetapi tindak balas pertahanan badan kekal dan dimulakan dalam badan sesetengan orang oleh sesetengah alahan.

Teori ketiga menyalahkan peningkatan asma ke atas pencemaran udara. Sungguhpun diketahui secara meluas bahawa pendedahan tinggi pada sesetengah bahan kimia industri mampu menyebabkan serangan asma teruk, ia tidak terbukti bahawa proses yang sama bertanggung jawab bagi pembentukan asma. Di Eropah Barah, kebanyakan pencemaran udara menurun dengan jelas dalam tempoh empat puluh tahun sedangkan kes asma meningkat.

Pencetus biasa serangan asma termasuk:

* alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
* udara sejuk
* senaman
* jangkitan sistem pernafasan
* tekanan emosi
* aspirin dan ubat seumpamanya

Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.
[sunting] Gejala

Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.

Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.
[sunting] Diagnosis

Dalam kebanyakan kes doktor boleh membuat diagnosa berasaskan gejala dan tanda-tanda biasa. Pertukaran pantas biasa dalam halangan saluran udara boleh dipastikan dengan penurunan fungsi jantung (pulmonari) selepas bersenam atau menghidu histamina, dan kelegaan setelah menghidu ubat bronkodilator. Kebanyakan orang dengan asma mempunyai alahan; ujian alahan positif menyokong diagnosa asma dan mungkin membantu mengelakkan punca serangan. Ujian lain sebagai contoh x-ray dada mungkin diperlukan untuk memastikan penyakit dada yang lain.
[sunting] Rawatan
[sunting] Simptom

Kejadian nafas bersiul dan semput biasanya bertindak balas dengan inhaled bronchodilator yang bertindak dengan menenangkan otot licin ("smooth muscle") pada dinding bronchi (laluan udara). Kejadian lebih teruk mungkin memerlukan pengambilan singkat steroid ditelan yang memendamkan keradangan dan pembengkakan lapisan pada laluan udara.

* bronchodilator dihidu
o Short-acting selective beta2-adrenoceptor agonists (ex. albuterol (salbutamol), terbutaline)
o Antimuscarinics (ex. ipratropium, oxitropium)
* Systemic steroids (ex. prednisone, prednisolone, dexamethasone)
* Oxygen to alleviate the hypoxia (but not the asma per se) that is the result of extreme asma attacks.
* Jika ketidakhadaman asid ("Acid indigestion -GERD") merupakan sebahagian dari serangan, ia juga perlu dirawat atau ia akan memulakan proses keradangan semula.

[sunting] Langkah mengelak

Punca seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu dipastikan dan dielakkan. Mereka yang mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya berasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Ubat penghalang yang paling berkesan adalah steroid yang dihidu.

* Penghidu (inhaler ) kortikosteroid (contohnya flutikasone, budesonide, beclomethasone, mometasone)
* Leukotriene antagonis (contohnya montelukast sodium, zafirlukast)
* Agonist beta2-adrenoseptor tahan lama (contohnya salmeterol, formoterol)
* Penstabil sel Mast (contohnya kromolyn sodium (sodium kromoglykate), nedokromil)

Psoriasis Penyakit kulit bersisik

"
"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...





Psoriasis penyakit kulit bersisik
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis. Ketika penyakit menyerang, kalau boleh kebanyakannya mahu duduk berkurung dalam rumah supaya tidak menjadi tumpuan masyarakat yang tidak faham keperitan dan tekanan dirasai.
Bila penyakit menyerang, kulit pesakit menjadi berbintik atau bertompok merah, membengkak dan kulit pada bahagian berkenaan menebal dan keras. Ada kalanya tompokan sel ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran melanin.

Dalam masa beberapa hari, kulit yang tebal itu menjadi tua dan apabila sel mati, ia tertanggal sendiri sebagai kepingan putih berkilat. Bahagian kulit yang tebal ini juga terasa gatal dan panas seolah-olah terbakar.
Ada juga yang merekah dan berdarah apabila bahagian ini diregangkan, terutama jika ia menyerang kulit pada sendi seperti lutut, siku dan tangan. Psoriasis adalah penyakit kulit bersisik yang disebabkan kecelaruan sistem imun badan.

Ia juga dipanggil penyakit kulit poliferatif atau ketumbuhan benigna dan kronik yang bermaksud ‘gatal’ dalam bahasa Yunani.

Ketidaknormalan fungsi sel darah putih (sel limfosit T) mencetuskan keradangan dan gerak balas imun pada kulit. Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28 hingga 30 hari sebelum sel mati ini tanggal daripada badan.

Dalam kes psoriasis, kecelaruan sistem imun badan ini menghantar isyarat untuk mempercepatkan proses kitaran kulit kepada tiga hingga enam hari saja. Ini menyebabkan kulit sel kulit membahagi dengan cepat (secara berlebihan atau dipanggil poliferasi).

Sel kulit ini bertindih antara satu sama lain sehingga menyebabkan terbentuknya timbunan sel dan ia kelihatan seperti sisik dan tompokan keradangan tebal pada kulit. Tompokan sel ini tidak mendapat cukup bekalan darah dan ia mati dalam masa beberapa hari saja.

Apabila sel ini mati dan kering, ia menggelupas menjadi kepingan putih berkilat. Biasanya kepingan kulit kering ini tanggal sendiri, tetapi jika dipaksa (dikopek), ia menyebabkan luka.

Psoriasis boleh berlaku di mana-mana saja termasuk di kulit kepala, kemaluan, punggung, kaki atau belakang badan. Walaupun ia tidak menjangkiti orang lain, keadaan pesakit dan cebisan kulit yang tertanggal membuatkan ramai berasa tidak senang untuk duduk bersama mereka.

Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Biosains dan Boteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Azimahtol Hawariah Lope Pihie, psoriasis boleh dibahagikan kepada tujuh jenis tetapi empat jenis paling biasa ialah vularis, postularis, plak dan pustular. Semua jenis psoriasis ini dikelaskan mengikut bentuk dan sifat fizikalnya.
Psoriasis adalah penyakit keturunan, wujud dalam genetik tetapi ia boleh dirangsang beberapa faktor lain seperti tekanan emosi, kecederaan kulit, jangkitan, tindak balas badan terhadap ubat tertentu, cuaca dan alahan terhadap makanan.

Dianggarkan 10 hingga 15 peratus pesakit mula mengalami masalah kulit sebelum berumur 10 tahun dan tahap serangan psoriasis ditentukan berdasarkan keadaan fizikal dan keluasan kulit yang mengalami keradangan.

Serangan psoriasis ringan jika hanya membabitkan kurang daripada dua peratus kulit, sederhana (tiga hingga 10 peratus
kurang daripada dua peratus kulit, sederhana (tiga hingga 10 peratus) dan teruk jika lebih 10 peratus kulit mempunyai tompok merah. Malah, pesakit boleh menentukan keadaan penyakit dengan mengukur menggunakan tapak tangan. Satu tapak tangan dikira sebagai satu peratus.

Rambut Gugur, Bercabang.

"
"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Masalah Rambut Merungsingkan, Rambut Gugur, Kelimumur dll. Black Magic Hair Mampu Merawatnya


RAMBUT adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar namun tidak juga mudah. Tidak kena gaya ia mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya.

Biar berkerudung, penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi ia memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.

Bagi lelaki pula, barisan rambut yang lebat dan mudah digayakan menyerlahkan lagi penampilan. Biar pun mereka mempunyai pilihan untuk bergaya botak, namun bukan semua lelaki kelihatan menarik dengan penampilan begitu.

Apatah lagi andai keguguran rambut berlaku tidak sekata, pasti ia mencacatkan penampilan.

Menurut Dr. Gangaram, dua masalah utama yang sering melanda kebanyakan individu tidak kira lelaki dan wanita adalah kelemumur dan rambut gugur dengan kronik.

“Masalah rambut berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya usia, stres, kurang tidur, pengambilan makanan yang tidak betul, kurang nutrisi, penggunaan produk rambut berlebihan, pengering rambut dan genetik,” ujar beliau.

Seperti soal kesihatan yang lain, rambut juga sering diabaikan oleh kebanyakan individu, kata Dr. Gangaram.

“Bila rambut mula gugur baru kita berusaha ingin merawatnya. Sepatutnya ia perlu dijaga seawal usia muda lagi, melainkan faktor genetik yang sukar dirawat,” kata beliau.

Rambut bermasalah menjejaskan aktiviti harian setiap individu sekali gus menjadikan mereka kurang berkeyakinan dan malu berada di khalayak.

Jelasnya, setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut.

Kelemumur

Biasanya masalah ini disebabkan beberapa perkara:

# Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak) - punca biasa menyebabkan kelemumur. Ia kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Ia bukan sahaja berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kangkang dan kadang kala pada bahagian ketiak.

Seborrheic dermatitis juga boleh berlaku dari usia bayi dilahirkan (ruam lampin) dan beransur hilang pada usia satu tahun.

Bagi mereka yang dijangkiti HIV, masalah ini lebih serius berbanding biasa. Menurut Dr. Gangaram, biasanya doktor boleh mengenal pasti pesakit yang menghidap HIV berdasarkan keadaan kulit kepala mereka yang mengalami kegatalan serius hingga merebak ke bahagian lain.

Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.

Kulit kepala kering, gatal dan berkeruping - disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

Kurang mencuci rambut - jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

# Psoriasis - Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.

# Ekzema - Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa.

Sensitif pada sesetengah produk - kadangkala sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

# Jangkitan yis malassezia - Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun kadangkala, ia berkembang tanpa terkawal, merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda.

Walaubagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap, dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.

Rawatan kelemumur

Menurut Dr. Gangaram, masalah kelemumur yang serius boleh diatasi dengan pengambilan syampu anti-fungus. Agen seperti ketoconazole, bifonazole dan ciclopiroxolamine (juga dipanggil ciclopirox) yang terdapat dalam formula berlainan seperti krim, gel, losyen dan syampu boleh membantu mengatasi masalah ini.

# Rambut gugur (alopesia)

Terdapat dua jenis keguguran rambut biasa iaitu diffuse (menyeluruh) dan patchy (bertompok-tompok atau setempat).

Masalah keguguran menyeluruh disebabkan kegagalan peringkat penghasilan menyebabkan berlaku:

# Alopesia areata

Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

# Telogen effluvium

Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.

Masalah keguguran rambut bertompok pula disebabkan masalah penghasilan seperti:

# Androgenetik alopesia

Ia merupakan masalah keguguran rambut yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Namun ia juga boleh berlaku pada wanita. Dikenali sebagai salah satu bentuk botak pada lelaki (male pattern baldness).

Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu hormon testosteron, usia (selepas seseorang berusia lebih 20 tahun) dan keturunan.

Keguguran rambut serius

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut terutama selepas bersyampu.

Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

# Melahirkan anak

Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa satu hingga enam bulan ia akan pulih.

# Penyakit tiroid

Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

# Demam, jangkitan dan selesema yang serius

Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

# Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan

Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

# Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah . Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

# Rawatan kanser

Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Rawatan alternatif

Pelbagai rawatan alternatif kini boleh didapati dalam merawat masalah rambut. Antaranya, pakar rambut Neeta Gosalia melalui produknya Neeta’s Herbal sudah berjaya membantu ramai pelanggan merawat masalah rambut serius seperti kelemumur dan keguguran rambut serius.

Bagi Neeta yang berpengalaman selama 23 tahun dalam bidang itu berpendapat, mereka yang mengalami masalah rambut patut mendapatkan rundingan daripada pakar dan mengubah gaya hidup serta corak pemakanan.

Katanya, segala masalah kebanyakan berpunca daripada akar rambut yang tidak subur dan rosak. Ia disebabkan banyak faktor.

Beliau juga tidak menggalakkan mereka yang mengalami masalah rambut terus ke salon biasa kerana bakal mendapat rawatan yang tidak sepatut.

Neeta’s Herbal menggunakan herba semula jadi seperti inai yang terbukti dalam merawat masalah rambut dan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya.

PENYAKIT FIBROID (KETUMBUHAN DIPANGKAL RAHIM).

"
"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


MENGAPA WANITA TUMBUH FIBROID?

Umur empat puluhan merupakan umur yang penting bagi seseorang wanita kerana dalam jangka waktu ini banyak perubahan yang berlaku sama ada perubahan jasmani, mental, emosi atau rohaniah. Kali ini, saya ingin membincangkan satu aspek perubahan jasmani yang boleh mengancam atau menjejaskan kesihatan seseorang wanita yang menjangkau umur empat puluhan. Saya percaya ramai di kalangan mereka yang berumur dalam lingkungan empat puluhan bersetuju dengan saya bahawa dalam peringkat ini mereka mengalami berbagai-bagai perubahan. Salah satu daripada perubahan itu ialah gangguan haid.

Pelbagai Gangguan Haid
Pelbagai gangguan haid boleh berlaku sama ada haidnya berjalan secara tidak teratur atau secara teratur tetapi keluar dengan banyak serta berpanjangan. Ada pula yang mengalami masalah sakit (senggugut) ketika turun haid dan darahnya keluar berketul-ketul sehingga badannya menjadi lemah disebabkan kehilangan darah yang begitu banyak. Ada pula yang diganggu oleh perjalanan haid yang tidak betul seperti keluar tidak tentu masa dan sedikit demi sedikit serta berpanjangan pula. Ada pula yang tidak keluar haid selama beberapa bulan dan apabila keluar, wanita itu mengalami pendarahan yang begitu banyak serta berpanjangan. Ada pula yang mengalami kekurangan atau kekeringan haid seperti keluar sekali dalam dua atau tiga bulan dengan sedikit sahaja. Bagi mereka yang mengalami kekurangan atau kekeringan haid ini selalu berasa bimbang sama ada dia akan mengalami putus haid (menopaus) atau tidak. Ada sesetengah wanita pula mengalami masalah turun darah selepas melakukan persetubuhan dengan suami. Ini mungkin menandakan sesuatu yang berbahaya seperti ketumbuhan besar.
Saya ingin menekankan di sini, bahawa gangguan haid pada wanita dalam umur sekitar empat puluhan atau lebih, boleh menandakan penyakit yang sangat berbahaya dan ditakuti seperti kanser pangkal rahim.
Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada kaum wanita, jika dia mengalami masalah-masalah yang saya nyatakan di atas, eloklah dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor mereka atau daripada pakar sakit puan.
Gangguan Haid Boleh Menandakan Ketumbuhan Dalam Rahim
Gangguan haid yang berbagai-bagai bentuk boleh menandakan sesuatu penyakit dalam rahim. Bagi mereka yang berumur dalam lingkungan empat puluhan, penyakit yang sering menyebabkan gangguan haid ialah ketumbuhan daging pada dinding rahim, iaitu ketumbuhan yang dinamakan fibroid. Walau bagaimanapun, ada penyakit-penyakit lain yang lebih ditakuti seperti kanser pangkal rahim, kanser rahim dan ketumbuhan lain seperti endometriosis, adenomysis dan jangkitan kuman di dalam perkakas peranakan.
Bagaimanapun, saya hanya akan membincangkan tentang fibroid kerana saya percaya, bahawa ini merupakan ketumbuhan dalam rahim yang paling sering menyerang wanita. Walaupun, ketumbuhan fibroid sering berlaku, namun tidak kesemua ketumbuhan ini menimbulkan masalah dan kadang-kala seseorang wanita tidak sedar dia mempunyai ketumbuhan tersebut sehingga akhir hayatnya kerana ketumbuhan itu tidak menimbulkan apa-apa tanda ataupun gejala yang boleh mengancam kesihatannya.
Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.
Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.
Apakah Gejala-gejala Fibroid?
Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen. Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.
Gangguan Haid
Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.
Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.
Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.
Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing
Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.
Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.
Apakah Fibroid Perlu Dirawat?
Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.
Fibroid Dirawat Secara Pembedahan
Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.
Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.



Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)

Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.
Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.

Tuesday 3 January 2012

Lemah Tenaga Batin

"
"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...






Friday, 28 July 2006
MASALAH prostat, lemah tenaga batin dan andropause atau penurunan hormon lelaki adalah antara yang sering dikemukakan oleh pesakit lelaki di Hospital Selayang.

Ketua & Pakar Perunding Urologi Jabatan Urologi, Dr Rohan Malek berkata, tahap kesedaran yang semakin meningkat antara punca mengapa lebih ramai lelaki tampil bertemu doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai masalah yang dihadapi mereka. “Berdasarkan rekod hospital didapati 60 peratus lelaki berusia 50 tahun ke atas tampil berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai gejala penyakit yang dihadapi. Antaranya seperti gejala prostat yang menyebabkan pesakit kerap bangun tengah malam untuk membuang air kecil dan aliran air kencing kurang deras. Kebanyakan pesakit menyangka ia normal dan berkaitan dengan usia meningkat sedangkan ia adalah penyakit yang memerlukan rawatan dan dikenali sebagai prostat,” katanya.

Katanya prostat atau masalah salur kencing tersumbat adalah antara penyakit yang sering dihadapi lelaki berusia 50 tahun ke atas. Ia mungkin disebabkan perubahan hormon dan boleh merebak menjadi barah jika tidak dirawat. Malah dijangkakan barah prostat semakin meningkat di masa depan. Berdasarkan kempen yang dijalankan oleh Hospital Selayang sebelum ini, dianggarkan 1 hingga 2 peratus lelaki ditemui mengalami barah prostat.

Satu lagi penyakit yang dihadapi lelaki ialah masalah berkaitan tenaga batin. Menurut Dr Rohan, walaupun semakin ramai lelaki bersikap terbuka untuk membincangkan mengenai masalah tenaga batin berbanding sepuluh tahun lalu, bilangannya masih rendah. Dianggarkan hanya 10 hingga 20 peratus lelaki yang lazimnya sudah berusia 50-an datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mereka sedar terdapat kaedah untuk memulihkannya. Selebihnya masih dibelenggu perasaan malu.

“Kebanyakan lelaki yang datang mengadu menghadapi masalah tenaga batin terdiri daripada lelaki berumur. Sesetengahnya datang kerana alasan tersendiri seperti beristeri muda atau selepas gagal memulihkan masalah berkenaan secara rawatan tradisional. Antara masalah tenaga batin adalah lemah keinginan seks, masalah ereksi, masalah ejakulasi (pancutan air mani) sama ada terlalu cepat atau tidak keluar langsung,” katanya.

Lemah tenaga batin boleh berpunca daripada kesan penyakit seperti darah tinggi, diabetis, ubat yang dimakan, masalah psikologi seperti keresahan atau tekanan, trauma dan masalah endokrin (hormon).

“Masalah seks juga disebabkan oleh pengurangan hormon lelaki (testosteron) apabila usia meningkat senja. Ia seperti menopause yang dialami wanita cuma bezanya hormon lelaki tidak putus terus tetapi tidak mencukupi. Bagaimanapun bukan semua lelaki mengalaminya,” katanya.

Kencing Manis (Diabetes)

"
"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Kencing Manis (Diabetes)



Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

* Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

* Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

* Penjagaan pemakanan dan berat badan
* Kerap bersenam
* Pengubatan
* Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam.