Tanda-tanda anda mengidap Kanser payu dara, bagaiman rupanya?
Terdapat banyak cadangan dan permintaan untuk gambar-gambar yang memaparkan tanda-tanda kanser payudara.
Rencana bergambar ini menunjukkan tanda-tanda yang jelas mengenai kanser payudara. Kebanyakan tanda-tanda ini diperingkat yang lewat di mana tanda-tanda yang didapati lebih ketara. Kita sepatutnya lebih peka terhadap tanda-tanda awal sebelum ianya sampai keperingkat yang ditunjukkan. Walau bagaimana pun untuk penjelasan, gambar ini merupakan tanda-tanda yang harus diawasi semasa menjalankan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan.
Peringatan: Kami berharap gambar-gambar ini walaupun menakutkan anda, sebaliknya akan memberi idea bagaimana untuk mengesan kelainan di payudara anda masing-masing.
Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara
Sehinggalah waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut.
Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal). Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes). Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui. Jenis sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.
Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.
Tahap 1
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Kadar kesinambungan hayat (prognosis) para pesakit kelazimannya berkait rapat dengan tahap penghidapan penyakit tersebut pada masa diagnosa dibuat.
Pengambilan terapi hormon gantian dan risiko kanser payudara
Terapi hormon gantian atau ‘hormone replacement therapy’ atau ‘HRT’ telah menjadi perhatian semula berikutan lapuran dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) pada tahun 2002. Kajian ‘ Women’s health initiative trial’ telah mempertimbangkan risiko dan manfaat terhadap wanita putus haid yang sihat yang telah mengambil terapi hormon gantian selama purata 5.2 tahun. Kajian ini mengesyorkan terapi kombinasi oesotrogen dan progesterone untuk wanita yang telah putus haid tidak perlu dimulakan semata-mata untuk mencegah penyakit koronari jantung. Satu kajian yang melibat 16,000 wanita yang dikaji selama purata 5.2 tahun mendapati terapi kombinasi mempunyai lebih risiko terhadap kesihatan daripada manfaat. (JAMA 2002; 299:49-57).
Lagipun risiko menghidapi penyakit kardio-vaskular dan kanser payudara perlu dipertimbangkan dengan risiko patah tulang apabila memilih ejen-ejen pencegah osteoprorosis. Kajian tersebut telah menerima banyak kritikan.
Satu kajian yang dilaporkan di New England Journal of Medicine (N. Eng. J. Med 2003 Vol 348 No 19) telah membincangkan faedah terapi hormon gantian serta kualiti hidup seorang wanita. Menurut Jennifer Hays dan rakan-rakan, terapi hormon gantian tidak mengubah kualiti hidup seorang wanita yang berusia sekiranya ia tidak pernah mengalami gejala-gejala putus haid. Perbezaan antara kumpulan yang mengambil terapi hormon gantian dan kumpulan yang tidak mengambil terapi hormon gantian tidak significant. Ini berbeza daripada kajian yang melibatkan wanita yang lebih muda yang mengalami ‘hot flush’ di mana terdapat kesan kekurangan gejala-gejala dan peningkatan kualiti hidup akibat pengambilan terapi hormon gantian.
Bagaimanakah kesan maklumat baru ini kapada saya dan kapada terapi hormon gantian?
Maklumat baru yang berguna akan terus dikumpulkan berhubung dengan bertambahnya maklumat mengenai terapi hormon gantian. Kini, terapi hormon gantian masih diberi mengikuti kehendak seseorang individu. Dengan lain perkataan, manfaat dan risiko terapi hormon gantian kepada anda akan dipertimbangkan sebelum anda mengmbilnya. Umur, (sama ada sebelum atau selepas putus haid ) gejala-gejala serta faktor-faktor lain akan dipertimbangkan sebelum terapi hormon gantian dimulakan. Ujian-ujian yang perlu dilakukan sebelum terapi hormon gantian dimulakan termasuk pemeriksaan fizikal, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan fizikal payudara, pemeriksaan ‘PAP smear’, pemeriksaan pelvis (bersama atau tidak dengan pemeriksaan ultrasound), pemeriksaan mamogram dan pemeriksaan densitometri tulang. Ujian biokimia termasuk pemeriksaan sel darah, pemeriksaan glukos dan lipid semasa berpuasa. Semua ujian-ujian ini akan diambilkira bersama dengan riwayat kesihatan wanita tersebut serta gejala-gejala yang dialami akibat putus haid.
Kesan terapi hormon gantian kapada payudara
Kesan terapi hormon gantian pada wanita yang hampir putus haid termasuk rasa sakit dipayudara, payudara dirasai berketul-ketul, peningkatan penumbuhan sista dan ketumbuhan fibroadenoma. Tisu payudara didapati lebih padat pada 17-75% wanita yang mengguna terapi hormon gantian dan ini dipengaruhi oleh jenis terapi hormon gantian yang digunakan. Kombinasi oesotrogen dan progesterone didapati meningkatkan kepadatan tisu payudara. Peningkatan kepadatan tisu akan mengurangkan sensitiviti mamogram untuk mengenal pasti kanser. Didapati juga peningkatan risiko kanser payudara pada mereka yang telah menggunakan terapi hormon gantian lebih daripada 5 tahun. Analisa telah menunjukkan peningkatan risiko sebanyak 1.023 setiap tahun kegunaan dan ini akan meningkat purata 1.35 selepas kegunaan berterusan selama 5 tahun.
Terapi hormon gantian dan osteoporosis
Terapi hormon gantian dikenali membantu mencegah osteoporosis atau sekurang-kurangnya mempertahankan kepadatan tulang semasa pengambilan terapi hormon gantian.Pencegahan osteoprosis adalah penting untuk mengurangkan risiko patah tulang terutama dipangkal paha dan di tulang belakang yang boleh menjejaskan kualiti hidup atau pun mengakibatkan pembedahan.
Risiko menghidapi kanser yang lain?
Dengan penggunaan kombinasi oestrogen dan progesterone risiko kanser payudara terutama jenis yang mudah merebak lebih tinggi daripada kanser endometrium (rahim). Terapi hormon gantian telah dilaporkan meningkatkan risiko kanser endometrium antara faktor 1.6 sehingga 8.0 kali sementara tamoxifen meningkatkan risiko sebanyak 3.3 kali ganda. Risiko terhadap kanser ovari didapati kecil.
Agen terapi hormon alternatif
Untuk mengawal gejala putus haid, agen-agen alternatif saperti tibolone diguna untuk meningkatkan manfaat kegunaan hormon serta mengurangkan risiko. Ini boleh diberi kapada wanita yang tidak lagi menghasil hormon sendiri.
Peningkatan kadar pengesanan kerana kadar pengawasan ditingkatkan
Berdasarkan teori peningkatan risiko kanser oleh HRT, maka kadar pengawasan ditingkatkan kepada wanita yang mengambil terapi hormon gantian. Pemeriksaan ultrasound mengawasi penebalan endometrium rahim dan pemeriksaan mamografi perlu dilakukan selalu.
Peranan mammografi
Sebelum memulakan terapi hormon gantian
Mammografi perlu dilakukan sebelum terapi hormon gantian dimulakan. Mammografi boleh mengenal pasti penyakit payudara dimana terapi hormon gantian tidak sesuai digunakan atau mengenal pasti sama ada penyiasatan lanjutan perlu dilakukan atau membolehkan pengawasan atas perubahan tisu payudara selepas penggunaan terapi hormon gantian.Terapi hormon ganti tidak boleh dikatakan penyebab kanser sekira kanser itu telah wujud sebelum terapi hormon gantian dimulakan.Mamografi juga membolehkan pengawasan perkembangan sista atau ketumbuhan yang bukan kanser (benign) dan akan membantu menentukan sama ada perubahan kedua-duanya akibat terapi hormon gantian atau pun tidak.
Setelah memulakan terapi hormon gantian
Setelah terapi hormon gantian dimulakan, mamografi perlu dilakukan, kalau boleh, setiap tahun terutama selepas kegunaan terapi hormon gantian selama 5 tahun. Walaubagaimanapun, sensitiviti untuk mengesan kanser menurun sekira didapati tisu payudara semakin padat jika dibandingkan dengan tisu payudara yang berlemak akibat perubahan selepas putus haid.
Perlukah saya mengambil terapi hormon gantian?
Kita kembali semula kapada persoalan iaitu perlukah anda mengambil terapi hormon gantian atau tidak? Persoalan ini tidak mudah dijawab. Anda perlu menghubungi doktor anda. Ingat, rawatan perlu didasarkan kepada individu dan penilaian factor-faktor manfaat-risiko sesworang individu tersebut. Ini ditambah lagi dengan terdapatnya formula ramuan baru termasuk ubat sintetik seperti tibolone.
Keadaan yang bebas daripada kanser selama 5 tahun adalah dianggap sudah sembuh daripada kanser payudara. Ini adalah 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2, 30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4.
No comments:
Post a Comment