Bsy Noni Black Hair Magic

"
"
 Kandungan Syampu Noni BSY Blackhair Magic 
Masalah rambut adalah berpunca daripada masalah kulit kepala. Kulit kepala yang bermasalah akan menyebabkan keguguran rambut, kelimumur, rambut terlalu kering, rambut berminyak, radang kulit kepala dan macam-macam lagi. Produk menghilangkan uban yang selamat daripada bahan kimia dan kesan sampingan, maka di sini kami memperkenalkan produk yang berasaskan herba dan selamat digunakan oleh kaum lelaki dan wanita untuk menutupi rambut beruban.
Penggunaaan pewarna yang diperbuat daripada bahan kimia akan menyebabkan kita menanggung risiko dikemudian hari seperti kanser kulit dan sebagainya. Oleh itu, untuk cantik dan bergaya kita haruslah memilih produk yang selamat dan diyakini bebas daripada kesan sampingan dikemudian hari.
Dikalangan rakyat Malaysia ada yang menamakan syampu ini Noni BSY, BSY Noni, Syampu Noni, Noni Enzim, Syampu herba BSY Noni, BSY Blackhair Magic Syampu, Syampu Ajaib, Syampu BSY dan bermacam-macam nama lagi. Walau apa pun yang mereka namakan, ianya adalah produk yang sama.
Syampu Hitam Noni Enzim BSY adalah Syampu perawat dan Penghitam Rambut semulajadi yang dihasilkan secara berkualiti tinggi dari ramuan herba semulajadi Pati Mengkudu 100% dari Kepulauan Pasifik Selatan, akar Chinese Knotweed (PolygonumMultiflorum Thunb) yang juga dikenali sebagai Shouwu, akar Ginseng dan banyak lagi, semuanya ramuan semulajadi 100% bebas kimia.
Percaya atau tidak...hanya dalam masa 5-10 minit sahaja rambut akan menjadi hitam dan mengembalikan kemudaan pengamalnya dan produk BSY Black Hair Magic 100% Herba dan selamat digunakan. Diperbuat daripada tumbuhan herba sebagai bahan kesihatan rambut. Intipati semulajadi tulin daripada Polygonum Multiflorum Thunb, ginseng dan sebagainya. Keberkesanannya terbukti sebanyak 6 kali lebih berkesan daripada shampoo hitam rambut lain di pasaran
  1. Sungguh mudah digunakan, keberkesanannya terbukti. Hanya perlu 5-10 minit untuk menghitamkan rambut secara semulajadi, bila-bila dan dimana saja. Ia memastikan kehitaman rambut anda dan terserlah dari akar ke setiap helaian rambut anda.

  2. Satu gabungan sempurna dengan ciri-ciri penghitaman rambut, seumpama vitamin rambut dan perapi. Kini anda lebih yakin dalam menjalani kehidupan seharian. Amat berkesan dalam tempoh 5-10 minit sahaja DIJAMIN.!!

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Syampu Herba Noni Enzim. 
Terdiri daripada Tumbuhan / herba dengan intipati semulajadi.

1. Ekstrak buah Noni / Mengkudu
2. Panx Gingseng
3. Ganoderma
4. Lucidum
5. Asid Amino
6. ZPT (Zinc pyrithione)
7. Collagen
Ia bukanlah sejenis dye yang menghitamkan luaran rambut sahaja sebaliknya menghitamkan rambut dari akar ke hujungnya kerana keberkesanan akar Shouwu kehitaman dan kesuburan rambut.
Cara-Cara Penggunaan Syampu Herba Noni Enzim
Digunakan sekali atau 2 kali sebulan.
1. Gunakan sarung tangan. Buat ujian allergy pada bahagian kecil kulit leher, belakang telinga. Jika tiada sebarang kesan pedih teruskan langkah seterusnya
2. Guna syampu biasa untuk syampu rambut anda terlebih dahulu dan bilas seperti biasa.
3. Biarkan rambut anda dalam keadaan lembap.
4. Masukkan Syampu Herba Noni Enzim didalam bekas atau mangkuk dan kacau hingga sebati.
5. Ratakan / Urut di keseluruhan rambut dan kulit kepala.
6. Biarkan selama 5-10 minit.
7. Cuci dan bilas sampai bersih seperti biasa.
NOTA: Sarung tangan diperlukan bagi mengelakkan kuku menjadi hitam disebabkan tindakbalas bahan aktif tumbuhan.Ujian allergy - sapu sedikit pada leher dan tunggu selama 5 - 10 minit untuk memastikan kesesuaian penggunaan produk pada kulit anda.